Yong Yap, Bubu, Tok Nenek (YYBTN) Part 1

Assalamualaikum.

Setelah sebulan 10 hari dari hari kejadian aku baru rajin nak menaip. Itu pun sebab return dari Aramex tak masuk lagi. ihiks!

YYBTN, 16-19/02/2018.
Line up, 21 (2 guider).
By Crony Adventure.

Since transportation adalah sdn bhd, makanya aku carpool dengan Nas the driver, Nuar the Co Driver and Farr the Gogo. Kami bertolak dari rumah Farr dalam 00:00H, itu pun selepas setting ration company. Aku seperti biasa, the lazy person muahahahha. Supposedly gather up at RNR Sg Buloh 00:30 tapi biasalah, janji Malaysia khennnn. Pukul 01:00 baru gather and jumpa yang lain dalam 01:30 baru gerak.

By 03:00, baru sampai RnR Tapah. Dekat sini la nak pack lunch, top up makanan apa yang patut and yada yada. Sempat la lepak dengan Abang Bo, Shaiful, Dat dengan Iz. Dan time ni nak berkenalan dengan line up lain. Disebabkan dari Tapah nak ke Lojing dah tak jauh, sempat la nak melepak, makan minum semua. Nanti masuk kereta tidur balik. Dalam 04:00 baru gerak.

Day 1

05:00-06:00, Hello Lojing! We meet again!

Early morning. MasyaAllah, sejuk dia sampai ke tulang hitam. Sejuk oiiii! Nak sentuh air pun sampai mengigil, agaknya kalau mandi terus kejung badan 😂. Nampak kat belakang tu gunung-gunung dia Banjaran Titiwangsa. iloike!

Starting point dekat Kg Sungai Rengil. Dari tempat parking berjalan sikit ke perumahan orang asli untuk warm up. Start pendakian dalam 10:20. Ini ikut berdasarkan waktu gambar diambil kay, so pepaham jelah.


Kita gambar satu kali dulu!

Sebelum basah lencun main air, dan sebelum muka berubah menjadi super disaster hahahah. Ya'know, YY kot. Yong Yap=laluan air. Makanya berapa banyak batang anak sungai yang ko kena hadap. Dari tempat parking ke sungai pertama aku rasa ada dalam 1km kot. Sorry, i'm bad at measurement.

Ha, ni layan dulu anak sungai pertama yang kena redah. Gambar takde, hanya ada video.





Start aje dari sini, mendapat la kitorang. Dah kering sikit, basah balik. begitulah sampai hari ke-4. Kaki ni pun dan jadi nenek, kedut tiap masa dengan sejuknya. Memang tak mandi la citer dia. Ops, kantoi 🙈🙈.


3 diantara #KerabatKacak yang join this trip

Before sampai ke kem Simpang YY, akan jumpa hidden gem tau. Tadaa! gambar atas tu hidden gem nya. Aku tak tau kenapa bila dalam gambar, tak menarik langsung, nampak benor tak berbakatnya 😂. Nak mandi memang idak le, kalau nak bergambar fuhhh. Cans! Time ni nak regroup balik. Siapa yang sampai awal, boleh la bergambar. Siapa sampai lewat, heeheee tengok je le.

Lepas re-group, angkat sauh balik. Teruskan perjalanan sebab masih jauh lagi. Yang air terjun tu boleh la dikatakan baru suku perjalanan, tau dak??! Masa time ni aku tak berapa kenal line up yang lain lagi baru kenal Farr, Nas dengan Nuar. Sebab tu geng #kerabatkacak aku. Kesayangan gua, jangan kacau. Yang Iz, Dat, Abu dengan Abang Bo pun baru sekali dua jumpa. Bukan hiking la tapinya. Sepanjang perjalanan tu senyap aje. Taknak mental awal punya pasal. Yelah YYBTN kot. Mental kena prepare, fizikal pun sama. Cukup gila jugak la aku join trip ni. #pehtubarai hahahaha.

12:00-12:30 Sampai Simpang YY. Pemisah laluan nak ke Tok Nenek dengan Yong Yap. Disebabkan group kami tak buat reverse, makanya teruskan dengan YY. Lepak dalam sejam setengah mungkin, makan lunch yang dah pack kat bawah tadi. Sempat la bertaaruf dengan line up lain.

Kem Simpang Y.
Si Yunie ni pun, time tu jugak braces nak problem 😂

Tidur tu wajib.🙈

Dah setel lunch, solat, recharge energy, angkat sauh balik. Dari Simpang Y nak ke Kem Agas jauh lagi. Ada dalam 4 jam kalau slow, kalau pace laju dapat la korang cut waktu. Sepanjang perjalanan tu kena lalu kawasan buluh. Hamek kome! merangkak, jalan itik semua ada. Dan aku sebagai seorang yang pendek, I don't need to menunduk banyak mana pun. Yelah, buluh-buluh tu lebih tinggi dari aku hahahaahhaha


Merangkak le kome

#Sempat

Dalam 18:20 baru sampai Kem Agas, slow tak slow la aku ni. Sebab aku orang terakhir, yelah, berjalan dengan sweeper kan. Hari first lagi aku dah mental. Bapak ah! Dia pun steep tu fuhhhh, it kills slowly #dramaqueen . Tak boleh lepak lama-lama sebab nak sampai ke Kem Sg Jeruk cepat. Tapi sempat la berkenalan dengan group hiking lain. Lagipun dari Kem Agas nak ke Kem Sg Jeruk ada la dalam 2 jam. Itu kalau pace korang lambat atau banyak stop. 

Last kopek, guys! kahkah

Yang botak ni Abang Bo namanya. Our sweeper #mental

By 20:30 dah sampai Kem Jeruk *sebab kitorang stop dalam 20 min untuk menghormati maghrib*. Menjeruk weh! Letih gila first day, macam mana la nak hadap hari seterusnya 😖. Dah set up tent, Farr pun tengah masak pergi la mandi. Thank God the river only by side. Senang nak pergi mandi, takde jauh-jauh menapak. And as y'all know, sungai+hutan dapat bayangkan tak betapa sejuknya air dia???! Sumpah aku boleh dapat kacing gigi, memgigil teruk! Aku tengok Miya, Kyra dengan Yunie chill gila mandi. Mekya pun sama, tak paham aku #arentyouguysknowwhatcoldis??! 

Malam tu Farr masak sedap. Jap, jap. Bila masa dia masak tak sedap? Memang patut pun dia jadi chef kat hutan. Ni kalau dapat ke aku ranap dapur tu #truestory. Dengan kopi O panasnya, Ya Allah, nikmat mana yang kau dustakan, nana?? 

Day 2.

Esok sarapannya nasi goreng Farr masak dan dibantu oleh Lisa. Yang lain buka khemah, kemas beg and sape nak mandi, dipersilakan. Hari kedua semua layu lagi. Well, tengah panggil tenaga kot. Chill la.

My babygirl, si tukang masak.

Tanpa dorang, kebulur kitaorang. Mau semua makan megi aje nanti.





Sep-sep Osprey. Awok ni budak deuter ajo. hukhuk
Malam sebelum tu over kata start gerak pukul 8, hurmmm. Paham jela sebagai seorang warganegara Malaysia, dia akan extend sejam dua kemudian. 09:30 baru gerak kot. Start this moment, ketahuilah anda akan diuji. Pacak taknak kalah oiii, belanja teruk! Yang ni aku masih duduk kat belakang lagi. malas nak paksa kaki sebab ada lagi 2 hari to go. I would not risking my feet untuk pergi cepat. Biar slow and steady.

Dari Kem Sg Jeruk nak ke Kem Balak Pecah dalam 2 jam dapat dah. Tak jauh mana pun, tapi sakit lah jugak. Menaik takde mendatar.Memang muscle dah berketul aku ni. Disebabkan dia mencuram tu yang drag masa. Dengan mental aku layan Abang Bo #sorryabangBo #idontthinksowearegoodtobetogetherinhutan #idratherpushmyself #thanlisteningtoallyourbebelan

Lemma tell ya, dari Kem Balak Pecah hingga ke puncak Yong Yap tak ade sumber air. Makanya you have you take all air from here. Kami dikehendaki bring 2 bottle of 1.5ml for company. Tu baru company, belum lagi personal #imgonnadie. Walaupun beg aku paling ringan antara semua, tapi parok gak lah. Aku ni dah la halus #cries.

Iwannahugyounowwwwwwwwww
Habis tapau ayor, semua dah hilangkan lelah moh le kita neruskan perjalanan. Tak jauh lagi, sekejap aje. Nanti sampaila tu #liaralwaysbealiar. Ok la, dalam 16:30 baru sampai ke simpang YY-Gunung Bubu. Minta nyawa wehhh trek dia. By the time sampai tu, hujan pun turun membasahi bumi #gittew

nah tengok macam mana trek dia belanja muahahahahha

senyum tu kan sedekah :)

Tak senonohnya la perangai

Sementara nak tunggu hujan reda, kita set up apa yang patut. Dan buka la dapur haram. Lapar weh!

dapur haram

pewai tak pewai, kita gambar dulu

Iz dan Pejal

segalanya sempat dengan seorang Ainaa

Hujan dah reda, by 18:00 baru gerak menuju puncak. Ni kalau layan hujan memang sampai sudah tak naik. Lagi pun, what do you expect? Gunung kot, kalau tak hujan bukan gunung namanya. Yang ni nak ke puncak YY memang menguji ke-fleksibel-an badan ko. True story. Lagi-lagi kalau badan ko berketinggian bawah 150cm. Why? Sebab ko kena ikut akar dan somehow ko kena angkat kaki tinggi untuk langkah. Tak percaya? Meh aku belanja gambar.


meratapi keputusan, benar ke tidak

mak nak nangissssss

Tinggi nya hoiiiiiiiiiii



yayyyy, pendek bukan sebarang pendek

Selepas berhempas pulas melawan kepewaian demi sebuah puncak gunung G7, akhirnya Alhamdulillah. Sampai! Walaupun agak lewat, kisah? Better late than never, chuols.


the line up + Athin the guider
Dekat puncak YY tak ada view, tapi kalau nak self-reflection its the best! #padaakula and this is another milestone for myself. My second G7 after Yong Belar. #proudmoment

Dari gambar ni boleh nampak bontot aku  KorGa dan aku lupa apa lagi hahaha sorry

Ate kome, dah habis bergambar , tengok pemandangan ha apa lagi. Turun le. 19:00 baru nak turun. Nasib dari simpang YY-Bubu tak jauh. setengah jam boleh dapat dah. Ala setakat turun, apalah sangat. Celah akar aje huhu.

Malamnya sesi ice breaking dengan line up.  Jangan cakap apa-apa hokay. Ni lah masanya nak bergosip, dengar kisah dia orang, membawang, yada yada. Mana yang tukang masak, duk kat dapur. Aku lepak depan dengan geng lain. Dari satu gang ke gang yang lain. So ADUN kau nyah.

Dinner cooked by Farr, Kak Elis, Lisa dll

Makan malam kedua agak mewah, Nasi dengan ayam buttermilk. Tapi dah letih, mana maunya nak makan. Aku share aje dengan Yunie.




Okay, end for part 1. Bapak ahh, banyak gila aku mengarut hahahha

Comments

Popular Posts