Yong Yap, Bubu, Tok Nenek (YYBTN) Part 2

Hi, Assalam Alaikum!

Makin susah pula aku nak update the story. HAHAHAHAHAHAHAH setahun kemudian aku baru nak update. #ihavealifeguys hukhuk

In case if you want to read the first part, kindly click here

Okay, let's continue.

Day 3.

Gunung Yong Yap kita dah daki semalamnya. Jadi untuk hari ni kita akan teruskan perjalanan untuk summit attack Bubu dan Tok Nenek. Kalau lambat sampai jawabnya kena camping kat Bubu la, which aku tak nak. Gila kau!? Sedangkan yang dekat Simpang YY-Bubu pun aku dah kematu, inikan pula dekat puncak. Lagilah sejuk. Sis ni dah la tak ada lemak yang nak menempek, dorang malu. Lagipun dekat atas tu nanti mana ada sumber air. Yang ada pun sumber air lopak. Itu pun kalau korang sanggup la hiks. Walaupun aku dah biasa masa Wataniah dulu, aku masih tak sanggup. I'd still prefer to have clean wotah hikhok.

Kay gais, kay. Back to our story. Pagi tu bangun dalam pukul 07:40 ready for new adventure.

G'morning worldddd

Packing barang sebelum teruskan perjalanan. Acap siap berkain pelikat 😆

breakfast y'all


Ni budak-budak dapur. Farr seperti biasa, Chef. Aku seperti biasa, tukang makan.


Disebabkan blog ni di-update setahun kemudian, aku pun tak pasti kita orang bergerak dari simpang yy-bubu pukul berapa, Tapi yang pastinya selepas semua sarapan la hahahambarhaha

Ye ye, memang sempat pun. Mendatar kan, apa lagi. Bergambar la.

 Based on google photo, this photo was taken on 10:22, jadi probably kita start gerak around 09:00 something.

Since trip ni bermula dengan YY, makanya selepas itu mostly track akan menurun. SUPPOSEDLY. But trust me, semuanya tu bohong belaka. Memanglah selepas simpang tu menurun, tapi lepas tu menangis lah kome. Canak woii!!! Tak kasi diskaun, sedih sis tau. Tapi sis seorang yang kuat mentalnya, kita hadappppp

Rasanya ni masa nak ke Bubu kot. 

Can you see itttttt??! Nampak tak tinggi lagi nak naik tu. Fuhhh





Ni kalau mental tak kuat, aku rasa mau korang abort mission. Tapi korang fikir eh, korang sanggup ke nak turun balik? Jauh tau muahahaha baiklah habiskan aje misi korang. Tu lah siapa suruh nak hiking, sendiri hadaplah. Bluek!

Dari simpang yy-bubu ke puncak Bubu tak jauh mana pun, 2 ke 3 jam aje. Bergantung kepada pace masing-masing. Tapi walaupun 2 jam, ianya suatu penyeksaan kepada aku! Taubat nak buat another YYBTN. Taubat tahu! hahahah

Yayy, dah sampai di puncak Gunung Bubu. Berada di ketinggian 1974M, I don't care anymore! I need foooodddddd

Aku sampai puncak Bubu around 12:57. Ni mostly waktu aku refer google photo. Sebab setiap gambar tu ada waktu dan tarikh untuk refer. Itulah pentinya bekap gambar dekat GP #gittew

More photos y'all ↓






Scroll down for sleeping photos hihikkk








Dekat puncak Bubu ni kita rehat lepak for almost 2 hours. Makan tengahari dari lunch pack yang kita bawak dari last camp, time ni lah nak cover tidur #referkedirisendiri

By 14:06, kita dah mula angkat sauh balik. Tak boleh lama-lama, aku dah membeku kat atas tu. Dah, jom kita!


Ni kat Puncak Kayung kot. Tak ingatlah pula, dah setahun kan KAHKAHKAH. 

Dkt Puncak Kayung ni nak regroup dengan gang belakang sebelum teruskan perjalanan ke Tok Nenek. Dari Kem Kambing ke Gunung Tok Nenek tak jauh dah rasanya. Ada dalam 15 ke 30 minit. Tapi aku masih wonder kenapa kami bukak dapur haram dalam masa nak ke Tok Nenek. Hmmm wonder 



Ni ha, aku pelik kenapa kami stop dan sempat masak keropok, cucur dengan air teh panas. Aku masih tak boleh brain kenapa kami stop. Mungkin masing-masing dah kebulur serupa setahun tak makan kot. Okaylah, aku pun time ni dah lapar hiks.

Dah habis lepak dalam sejam, kita teruskan perjalanan lagi. One more puncak to conquer, yay!! Dari tempat lepak ni ke puncak Tok Nenek tak jauh dah, dalam setengah jam boleh sampai dah. Before naik punck Tok Nenek, kami park bag dkt bawah dulu. Kiranya naik atas free body. Tapi tak free mana pun, aku pi bawa cadbury, dan makanan lain bahahahahah. Puncak terakhir, kan. dapat pulak view 360°. We save the best for last.

Dari park bawah tu nak ke puncak 10 minit pun boleh dapat. Lagi-lagi kalau korang jenis lincah, sap-sap soi dapat dah. 

And here we are!! Congratulation line up YYBTN 16-19/02/2018 (4d) by Crony Adv

Minum kopi teh dan having maggie. Ya allah, time ni sedap gila dapat makan maggie kari. fuhh 

Jejaka-Jejaka line up kami

Sis tetiba ada vertigo bila nak bergamabr dekat cliff ni. Nasib ada si Abu tolong temankan.

Joe. Tok. Abang Bo.

Gang Kerabat Kacak

One with Athin the guider and Abang Bo the sweeper. 

Dekat puncak Tok Nenek ni sekejap aje, dalam sejam aje gitu. Kan tak elok kat luar waktu maghrib, syaithon ada kan. Turun dari puncak pun dah 19:05 gitu. Stop sekejap dekat tepi-tepi batu for 20minutes bagi menghormati waktu maghrib sebelum teruskan perjalanan.

Malam untuk hari ketiga kami bermalam di Kem Berlumut. Malamnya tu masing-masing dah pewai, makanya gambar tak ada. Eh tapikan, malam tu walaupun pewai aku dengan yunie sempat menempel ke khemah Athin dengan Zack. They are so nice masakkan meggie untuk kami yang kebulur ni hahaha. At the same time, Farr tengah masak kat dapur. Haa yang tu pun aku makan jugak. Rezeki jangan ditolak orang kata hiks.

Okaylah, nanti aku bukak part 3 khas untuk penutup. Aku dah tak ada idea nak buat ayat lagi. Ni kalau koran perasan pun ayat aku semua duk ulang. Nampak tak betapa losernya aku ni huh! Gotta go guys! Aku nak sambung kerja sekarang ni. 

Adios!

Doakan aku rajin nak buka part 3 pula 😆

Baidewei! Due to multiple cameras used, kindly ignore assymetrical photos kay! hahahah Aku tau ada yang besar, ada yang kecil. Hadap ajelah labu. 

Comments

Popular Posts